Aktiviti penggambaran dipertimbang semula selepas raya

0
309

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Kerajaan masih belum membenarkan sebarang aktiviti penggambaran filem, iklan dan drama sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan) Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata terdapat cadangan daripada Kementerian Kesihatan (KKM) untuk membentangkan prosedur operasi standard (SOP) penggambaran dalam mesyuarat Menteri-Menteri kelmarin, namun belum ada sebarang keputusan dibuat.

“Dalam mesyuarat kelmarin KKM ada membentangkan cadangan untuk membenarkan aktiviti penggambaran filem, iklan, drama, telemovie dan sebagainya.

Kita telah dengar pandangan tersebut tapi belum diputuskan untuk memberikan kebenaran,” katanya dalam sidang akhbar selepas menghadiri Mesyuarat Jawatankuasa Khas Menteri-Menteri Mengenai PKP hari ini.

Beliau berkata terdapat banyak perkara yang perlu dipertimbangkan sebelum kebenaran untuk aktiviti penggambaran diberikan.

” Dari segi lakokanan biasanya akan berlaku kes tiada penjarakan sosial sewaktu penggambaran.

Aktiviti penggambaran bukan sahaja melibatkan pelakon tetapi juga jumlah kru produksi yang ramai,” katanya.

Sehubungan itu katanya kebenaran itu terpaksa ditangguhkan dahulu dan akan dipertimbangkan selepas hari raya sebelum keputusan dibuat.

” Kita akan lihat perkara ini dan mengkaji lebih teliti.

Kita tahu ramai warga industri yang menghadapi masalah pendapatan dan sebagainya, kita akan lihat perkara ni,”katanya.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here