Ambil iktibar, sudah-sudahlah menghentam

0
83

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

SEJAK semalam, setelah pengumuman Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah mengenai kes positif Covid-19 yang melibatkan seorang wanita mengandung ramai yang mula menghentam individu berkenaan.

Betul..bila dapat tahu, memang mendidih jugaklah darah ni. Lebih-lebih lagi, penulis juga antara yang mengambil langkah selamat untuk tidak pulang ke kampung seperti mana saranan kerjaaan dalam mengekang penularan Covid-19 ini.

Tapi beringatlah kita, sesuatu yang berlaku itu ada hikmah di sebaliknya.

Mungkin perkara itu berlaku untuk kita semua ambil iktibar untuk lebih patuh kepada arahan kerajaan!

Lihatlah statistik yang diumumkan oleh Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri sejak kebelakangan ini.

Semakin dekat dengan Aidilfitri, semakin bertambah pula jumlah kenderaan yang cuba melakukan pergerakan merentas negeri dengan alasan untuk pulang ke kampung untuk berhari raya.

Walaupun berbuih mulut menteri tersebut memberi nasihat setiap hari, tapi masih ada yang berdegil dan pentingkan diri sendiri.

Sekurang-kurangnya, wanita yang disebut-sebut sejak semalam itu ada alasan yang kukuh dan mungkin nasib tidak menyebelahinya, perkara yang ditakut-takutkan itu berlaku.

Wahai rakyat Malaysia sekalian, marilah kita bermuhasabah diri, patuhi segala arahan agar masa depan kita lebih dipermudahkan.

Jangan pentingkan diri sendiri, pishang la kalau perintah kawalan pergerakan (PKP) dilaksanakan semula!

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here