Ambil masa hasilkan vaksin Covid-19

0
99

CYBERJAYA – Proses menghasilkan vaksin biasanya mengambil masa agak lama iaitu antara 12 hingga 18 bulan berdasarkan pandangan pakar perubatan.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, beliau telah berhubung dengan beberapa pemimpin negara luar dan dimaklumkan ujian-ujian klinikal sedang giat dilaksanakan untuk menghasilkan vaksin bagi wabak Covid-19. 

“Saya berharap vaksin dapat dihasilkan seberapa segera supaya kita boleh bebas daripada ancaman Covid-19 dengan secepat mungkin.

“Saya juga bersyukur kerana kes-kes baharu Covid-19 kekal rendah dan terkawal. Kadar kesembuhan juga tinggi. Sehingga 9 haribulan Mei, seramai 4,929 atau 74.8 peratus pesakit telah sembuh,” katanya ketika berucap dalam Perutusan Khas hari ini. 

Beliau turut mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua doktor, jururawat dan petugas kesihatan yang bersama membantu merawat kesemua pesakit Covid-19 sehingga sembuh. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here