Anda adalah wira yang tidak didendang – Dr. Noor Hisham

0
221
Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jururawat di Malaysia.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Sempena Sambutan Hari Jururawat Sedunia, Pihak Kementerian Kesihatan (KKM) mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua jururawat di Malaysia.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sambutan tahun ini bertemakan “A Voice to Lead: Nursing The World To Health” sememangnya sangat bertepatan.

Katanya, ia bagi menghargai sumbangan dan pengorbanan semua jururawat yang sentiasa cekal dan tabah menghadapi cabaran penularan wabak Covid-19 di Malaysia.

“Anda adalah wira yang tidak didendang, dan KKM sentiasa menghargai jasa dan bakti anda semua,” katanya dalam sidang akhbar harian Covid-19 di Putrajaya, hari ini.

Sebelum ini, Yang di-Pertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri’ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong, Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah turut menzahirkan ucapan Selamat Hari Jururawat Sedunia kepada semua jururawat di negara ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah.

Dalam satu kenyataan yang dimuatnaik dalam akaun Instagram Istana Negara berkata, Seri Paduka berdua amat menyanjung tinggi perjuangan jururawat atas jasa bakti dan sumbangan mereka kepada keselamatan serta kesihatan masyarakat.

Selain itu, Sultan Perak, Sultan Nazrin Muizzuddin Shah menahan sebak ketika menzahirkan penghargaan terhadap kakitangan Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) terutama di bahagian klinikal susulan risiko dihadapi dalam menjalankan tugas merawat pesakit Covid-19.

Baginda yang berdiri menyeru semua Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Perak yang bersidang di Bangunan Perak Darul Ridzuan, Ipoh turut berdiri seketika sambil memberi tepukan tangan kepada kakitangan KKM selain agensi lain yang berperanan sebagai petugas barisan hadapan. -MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here