Anggota penguatkuasa pantau pematuhan SOP di premis beli-belah

0
230
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, lebih ramai pasukan operasi pematuhan akan dikerah ke premis perniagaan terutama pusat beli-belah bagi memastikan prosedur operasi standard (SOP) terus dipatuhi.

Menurut beliau anggota penguatkuasaan itu bukan sahaja akan memantau pergerakan orang ramai bahkan turut memastikan langkah keselamatan dipatuhi oleh pengusaha premis perniagaan.

“Pasukan operasi pematuhan akan digerakkan lebih ramai ke premis dan pusat beli belah bagi memastikan pematuhan PKPB diikuti.

“Jika didapati terdapat pelanggaran SOP, tindakan menghentikan operasi boleh dilakukan dan premis akan diarah tutup,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar harian di Putrajaya hari ini.

Beliau turut mengingatkan orang ramai supaya tidak membawa kanak-kanak dan golongan warga emas mengunjungi pusat membeli-belah bagi mengurangkan risiko terdedah jangkitan Covid-19.

Sebelum ini, Ismail menyatakan hasrat kerajaan untuk mewartakan larangan membawa masuk kanak-kanak ke pusat beli-belah dan pasar raya ekoran masih ramai penjaga yang tidak prihatin.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here