Anggota polis maut dilanggar pemandu mabuk

0
487

CYBERJAYA – Seorang anggota polis yang menjalankan tugas di sekatan jalan raya Op Covid di Plaza Tol Kajang Selatan di Lebuh Raya Kajang-Seremban (Lekas) maut akibat dilanggar sebuah kenderaan dipercayai pemandu mabuk.

Memetik portal Malaysia Gazette, mangsa, Safwan Muhammad Ismail, 31, yang bertugas di Ibu pejabat Polis Daerah Kajang mengalami kecederaan di kepala dan badan akibat dihempap pacuan empat roda Toyota Hilux selepas dilanggar kenderaan tersebut.

Mayat mangsa dibawa ke Hospital Serdang untuk siasatan lanjut.

Suspek yang turut cedera dalam kemalangan itu dirawat di hospital sama. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here