Apa kesudahan norma baharu PKPB nanti

0
134

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

TEMPOH Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) yang lama mengajar setiap dari kita untuk memulakan kehidupan norma baharu.

Dalam teka-teki bagaimana permulaan dan pengakhiran Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) itu ramai di antara kita yang mahukan pengakhiran yang lebih menguntungkan.

Yang tidak memperoleh pendapatan sudah boleh menarik nafas lega mendambakan gaji setimpal, yang dua bulan tidak membuka premis perniagaannya sudah mampu membuka pintu seluas-luasnya, yang terpaksa menahan perut dari makan dan minum sudah mula mengais pagi makan pagi, mengais petang makan petang.

Jika ada ‘untung’ memang baik, jika menang-menang pula adalah lebih baik. Jika sebaliknya, itulah pengakhiran yang membimbangkan setiap rakyat di Malaysia.

Bagi penulis apa yang diharapkan adalah satu  keadaan di mana nasib setiap keluarga selepas ini menjadi lebih baik.

Segala peraturan dan arahan yang diatur oleh kerajaan perlulah bersesuaian dengan tingkah laku atau pergerakan rakyat.

Semalam PKPB hari kedua dikuatkuasakan namun norma baharu yang mula diterima masyarakat nampaknya ada yang positif dan ada yang sebaliknya.

Berpeluang melewati pusat bandar ketika menyertai Program Bantuan Zero Hunger semalam, penulis melihat sendirijalan-jalan utama masih lagi lengang dengan kenderaan yang mengamalkan ‘penjarakan sosial’ iaitu suasana kenderaan di atas jalan masih tenang dan normal.

Bagaimanapun apabila penulis melalui jalan-jalan kampung kelihatan sekumpulan remaja sudah mula menunggang motosikal dengan riang ria di atas jalan.

Bagaikan ada pesta dengan lagaknya  melakukan aksi ‘willy’ yang mencemaskan tanpa memakai topeng penutup mulut dan hidung bertambah dasyatnya tanpa bertopi keledar juga.

Adakah rakyat masih meneruskan untuk mengamalkan budaya baru itu atau tidak?

Jika sebelum ini, tiada satu kenderaan pun di atas jalan termasuk di kampung-kampung akibat terdapatnya sekatan jalan raya tetapi hari ini sudah berbeza.

Walaupun Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri telah mengumumkan tiada lagi had masa pergerakan untuk keluar namun beberapa perkara pencegahan penularan Covid-19 masih wajib diamalkan.

Soalnya, mampukah norma baharu yang patut diamalkan itu diteruskan apabila kepatuhan rakyat nampaknya masih longgar.

Fikirlah baik-faik jangan ambil mudah. Semua pihak perlu mainkan peranan termasuk ahli keluarga sendiri di rumah.

Sebab itu beberapa kerajaan negeri bersuara mengambil keputusan menangguh dulu PKPB.

Antaranya termasuklah apakah kesan yang akan berlaku jika norma norma baharu itu tidak diambil peduli?

Apa yang pasti, rakyat patut jaga diri sendiri.

Apapun syarat yang mahu diperkenalkan, tidak akan berkesan jika rakyat ambil mudah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here