ATM masih bersama PDRM memantau pematuhan SOP PKPB

0
77

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA -Angkatan Tentera Malaysia (ATM) masih bekerjasama dengan Polis Diraja Malaysia bagi melaksanakan pemantauan terhadap orang ramai supaya mematuhi prosedur standard operasi (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, walaupun sekatan jalan raya sudah semakin berkurangan, namun tugas kedua-dua agensi tersebut kini memberi fokus kepada pematuhan SOP PKPB.

“ATM masih membantu PDRM dalam pemantauan penguatkuasaan SOP yang telah ditetapkan.

“Malah terdapat 12 agensi badan beruniform lain telah disenaraikan untuk turut bersama melaksanakan pemantauan kepada pematuhan SOP,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Pada masa sama, beliau turut memaklumkan kawalan
sempadan negara masih dilaksanakan dan diperketatkan seperti biasa.

“Perlaksanaan ini turut dilakukan oleh pasukan khas bersama yang diwujudkan antara semua agensi beruniform yang bukan hanya menumpukan pada kawasan sempadan yang rasmi tapi juga lorong-lorong tikus,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here