‘Awat ketegaq sangat’

0
735
Anggota polis melakukan pemeriksaan terhadap sebuah rumah yang menerima kunjungan tetamu pada Hari Raya Aidilfitri ketiga di Kampung Padang Benggali, Penaga Pulau Pinang. – Gambar Facebook Komuniti Kepala Batas

CYBERJAYA – Walaupun kerajaan telah memberi peringatan aktiviti ziarah kaum keluarga dan rakan-rakan hanya boleh dilakukan pada Hari Raya Aidilfitri pertama namun ada segelintir umat Islam meneruskan tradisi tersebut hari ini.

Dalam hantaran akaun Facebook Komuniti Kepala Batas, sekumpulan individu dikompaun RM1,000 kerana melanggar arahan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Pihak Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Seberang Perai Utara telah memberikan kompaun tersebut kepada enam individu termasuk tuan rumah di Kampung Padang Benggali, Penaga atas kesalahan ziarah menziarahi pada hari raya ketiga.

Beberapa pengikut akaun Facebook itu menyokong tindakan pasukan keselamatan itu demi memastikan penularan wabak Covid-19 terutama pada musim perayaan ini dapat dikekang.

Menurut Nabila Md. Radzi, dia hairan mengapa masih ada segelintir masyarakat meneruskan aktiviti ziarah itu sedangkan kerajaan sudah berkali memberi peringatan bahawa hanya Hari Raya Aidilfitri pertama sahaja dibenarkan.

“Dalam saluran televisyen menteri sudah banyak beritahu hanya ziarah pada hari raya pertama sahaja. Hampa (mereka) gagah gagah nak pergi beraya sampai hari raya kedua dan ketiga. ‘Mendapat’ lah kak long ooi,’’ katanya.

Bagi Norlida Zainol, masyarakat harus mematuhi arahan yang ditetapkan kerajaan demi memastikan penularan Covid-19 dapat diperangi terutama pada musim perayaan ini.

“Sudah-sudahlah aktiviti ziarah-menziarahi ini. Keadaan kita sekarang bukan macam yang lepas. Kan dah ‘mendapat’. 

“Elok-elok Pulau Pinang zon hijau, sekejap lagi bertukar jadi zon merah sebab segelintir individu yang ingkar PKPD,” katanya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here