Bazar raya, kedai gunting rambut, dobi kekal tidak dibenarkan beroperasi

0
174
Kedai gunting rambut dan salun kecantikan kekal tidak dibenarkan beroperasi

CYBERJAYA – Senarai lengkap perniagaan atau aktiviti yang tidak dibenarkan dijalankan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa keempat boleh dirujuk di laman web Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, senarai tersebut akan disemak dari semasa ke semasa bergantung kepada perkembangan kes-kes jangkitan Covid-19.

“Selain daripada senarai yang tidak dibenarkan, semua sektor perniagaan dan industri, sektor awam dan sektor sosial adalah dibenarkan untuk beroperasi tertakluk kepada syarat-syarat dan peraturan semasa serta prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan oleh pihak berkuasa,” katanya dalam Perutusan Khas Perdana Menteri sempena Hari Pekerja hari ini.

Perdana Menteri berkata, antara SOP tersebut ialah melakukan penjarakan sosial, kerap mencuci tangan, memakai topeng muka dan melaporkan segera kepada Jabatan Kesihatan jika terdapat maklumat mengenai jangkitan Covid-19.

Beliau berkata, keutamaan juga diberikan bagi melindungi kumpulan berisiko seperti kanak-kanak, bayi, warga emas dan orang kurang upaya (OKU).

Sementara itu, tinjauan Malakat Tribune menerusi laman Facebook MKN antara aktiviti yang dilarang ialah dobi, kedai gunting rambut dan salun kecantikan, kedai pakaian dan aksesori fesyen, bazar Ramadan dan bazar hari raya.

Selain itu, ceramah, seminar, latihan dan kursus secara bersemuka juga tidak dibenarkan.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here