Bekalan air di sekitar Bandar Bukit Puchong dijangka pulih 6 petang ini

0
234

KUALA LUMPUR – Gangguan bekalan air berikutan paip pecah di beberapa kawasan sekitar Bandar Bukit Puchong dijangka pulih sepenuhnya pada pukul 6 petang ini.

Ketua Komunikasi Korporat Pengurusan Air Selangor Sdn Bhd (Air Selangor), Elina Baseri berkata, gangguan bekalan air akibat paip pecah di pintu masuk Apartment Baiduri Court, Bandar Bukit Puchong 2 itu terpaksa dilanjutkan ekoran hujan lebat yang menyukarkan kerja-kerja pemulihan.

Beliau berkata, kerja pembaikan paip pecah tersebut tidak dapat disiapkan pada malam tadi kerana kedalamannya melebihi lapan meter yang memerlukan kerja pengukuhan ruang pembaikan dilakukan terlebih dahulu.

“Insiden paip pecah ini pada awalnya telah menyebabkan gangguan bekalan air di 40 kawasan, seperti yang telah dimaklumkan di aplikasi Air Selangor pagi tadi.

“Bagaimanapun, setelah bekalan air alternatif berjaya disalurkan dari sumber lain, kawasan gangguan bekalan air tidak berjadual ini telah berjaya dikurangkan kepada 17 kawasan,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Air Selangor juga telah menggerakkan lori-lori tangki di Bandar Bukit Puchong bagi membantu pengguna yang terjejas.

Menurutnya, Air Selangor akan menyalurkan status terkini kepada pengguna menerusi semua medium komunikasi Air Selangor termasuk Aplikasi Air Selangor, Twitter, Facebook, Instagram dan laman sesawang di www.airselangor.com.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here