Bekalan keperluan harian mencukupi

0
52

CYBERJAYA – “Jangan bimbang bekalan makanan dan keperluan harian mencukupi sepanjang bulan Ramadan ini.”

Itu penegasan Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob mengenai jumlah bekalan makanan serta keperluan harian di negara ini sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

Beliau berkata, sehingga semalam, pemantauan harian terhadap 25 jenis mendapati 1,013 pemeriksaan premis perniagaan termasuk 794 peruncit, 189 pemborong dan 30 pengilang dilakukan lakukan.

“Penguat Kuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) menjalankan pemantauan itu semalam.

“Secara keseluruhan bekalan barangan keperluan mencukupi dan mampu menampung keperluan dalam negara yang berterusan dan mudah diperoleh. 

“Orang ramai dinasihatkan agar tidak bimbang dengan bekalan makanan dan keperluan harian sepanjang bulan Ramadan kerana ia dijamin mencukupi,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Selain itu Ismail Sabri berkata, operasi sanitasi awam dibawah Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 30 Mac lalu telah melakukan 5,142 operasi sanitasi termasuk 62 zon kuning dan merah.

Tambah beliau, sebanyak 8,836 premis kerajaan, perniagaan dan kawasan awam telah disanitasi.

“Semalam, sebanyak 73 operasi sanitasi meliputi 24 zon merah dan kuning di sembilan negeri, termasuk 31 operasi di Johor dan 10 operasi di Sabah.

“Sehingga kini, operasi sanitasi telah merangkumi 2,847 bangunan Kerajaan, 1,996 tempat awam, 2,160 pusat perniagaan, 1,524 kawasan perumahan termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR) dan 309 pasar raya,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here