“Bekerja dan duduk di rumah merupakan pengorbanan besar para pekerja.”

0
138

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin berkata, tahun ini sambutan Hari Pekerja tidak disambut seperti biasa kerana tiada perhimpunan besar diadakan dalam situasi semasa penularan wabak Covid-19 selain disambut pada bulan Ramadhan.

“Dengan trend kes dunia sedia ada, wabak Covid-19 dijangka akan berterusan untuk tempoh masa agak lama. Ia tidak akan berakhir dalam jangka waktu yang terdekat,” katanya.

Muhyiddin berkata, bekerja dan duduk di rumah merupakan pengorbanan besar para pekerja dalam membantu kerajaan menangani penularan Covid-19.

Jelasnya, disiplin rakyat untuk duduk di rumah atau bekerja dari rumah telah membuahkan hasil yang memberangsangkan.

“Kita telah mampu mempertingkatkan kapasiti perkhidmatan kesihatan awam untuk menangani jumlah pesakit Covid-19. 

“Kita perlu terima hakikat bahawa dalam bulan-bulan mendatang ini, adalah mustahil untuk mana-mana negara mencapai angka sifar dalam jangkitan Covid-19. Yang perlu dilakukan ialah mempertingkatkan keupayaan perkhidmatan kesihatan awam untuk menghadapi sebarang kemungkinan,” katanya.

Katanya lagi.  banyak kawasan zon hijau berbanding zon merah juga adalah hasil usaha kerjasama rakyat yang berdisiplin.

Beliau turut merakamkan penghargaan buat pekerja sektor awam dan swasta selama ini di atas sumbangan dan pengorbanan walaupun tiada sambutan Hari Pekerja 2020 peringkat kebangsaan tahun ini,

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here