Belum ada kes Covid-19 tersebar melalui makanan

0
104
Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) mengesahkan setakat ini belum ada jangkitan virus Covid-19 tersebar melalui makanan.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, namun begitu pihaknya masih menunggu laporan daripada Bahagian Keselamatan dan Kualiti Makanan KKM sekiranya terdapat perkembangan baharu.

“Ramai yang risau mengenai isu ini, setakat ini tiada jangkitan melalui makanan macam kes melibatkan sebuah kilang ayam.

“Namun begitu kita tunggu laporan sama ada virus ini telah ada dalam haiwan atau ayam. Ini kerana bila kita beli makanan, kita masak terlebih dahulu dan virus itu akan mati, tetapi sekarang kita tidak tahu ada atau tak, tunggu kajian sepenuhnya dibuat,” katanya dalam sidang akhbar harian Covid-19 hari ini.

Dalam pada itu, ditanya mengenai tindakan menjemur makanan sebelum diguna atau dimakan, katanya ia bergantung kepada jenis makanan.

“Bergantung pada makanan, tak semua boleh dijemur kalau makanan itu dimasak dengan suhu yang tinggi, virus boleh mati,” ujarnya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here