‘Berdebat’ satu jam

0
1003
Ketua Daerah Madiun, Ahmad Dawami (kanan) ‘berdebat’ dengan keluarga berkenaan. Foto: Portal Kompas

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

JAKARTA –  Seorang pemimpin masyarakat di Madiun, Jawa Timur bersoal jawab sejam dengan ibu bapa enggan menyerahkan anak mereka yang positif Covid-19  untuk menjalani kuarantin di hospital.

Bukan itu saja, Ketua Daerah Madiun, Ahmad Dawami turut dituduh zalim.

Malah, bapa pesakit turut membacakan doa kononnya keluarganya sengaja dianiaya oleh Ahmad.

Memetik portal Kompas, sebelum kejadian, Ahmad mendapat laporan petugas kesihatan dihalang ketika mahu mengambil seorang pelajar positif Covid-19 di rumah keluarganya.

Pelajar itu tinggal di Kampung Sewulan, Dagangan dan dikatakan dijangkiti daripada rakan keluarga yang berkunjung ke rumahnya.

Bagaimanapun, ketika petugas kesihatan mahu mengambil pelajar itu, orang tuanya tidak mengizinkan dan berulang kali menyatakan anak mereka tidak sakit.

Bagi mereka, orang sakit sahaja perlu ke hospital, manakala anaknya tiada sebarang gejala.

“Saya dituduh zalim, tetapi saya beritahu setiap pemimpin tidak akan menyusahkan penduduk,” kata Ahmad.

Selepas berdebat satu jam, akhirnya ibu bapa itu menyerahkan anaknya untuk dikuarantin di Hospital Dolopo, Madiun, sehingga dia sembuh.

Dalam pada itu, Jurucakap Kerajaan Indonesia berhubung Covid-19 Achmad Yurianto berkata, virus itu menular ke 75 peratus atau 383 daerah dan bandar di negara ini.

Setakat 4 petang semalam, Indonesia merekodkan 16,496 kes positif Covid-19 dengan 1,076 kematian. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here