Berita kematian 10 warganegara di AS belum diketahui

0
261

Oleh NINA FARZUIN MD SHAROM

CYBERJAYA – Kementerian Luar masih dalam siasatan berhubung dakwaan kematian 10 warganegara Malaysia di Amerika Syarikat (AS) akibat wabak Covid-19.

Menteri Kanan (Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, setakat ini belum ada maklumat rasmi mengenai perkara itu.

“Pagi tadi pihak kami telah membuat semakan dengan Kementerian Luar namun Wisma Putra pun tiada sebarang maklumat tentang perkara ini.

“Oleh itu, kita tidak dapat kenal pasti status itu sama ada berita tersebut benar atau tidak dan
Kementerian Luar dan Wisma Putra sedang menyiasat perkara ini,” katanya pada sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Pada masa sama, beliu turut menasihati rakyat Malaysia diluar negara supaya menghubungi pihak ke dutaan sekiranya mengalami sebarang masalah.

“Saya mahu pesan kepada rakyat kita yang berada di luar negara, jika ada timbul masalah atau sebarang isu, mereka diminta untuk hubungi pihak kedutaan, kerana pastinya bantuan akan diberikan,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here