Berita palsu kaitkan PKD Kuala Selangor

0
135

KUALA SELANGOR- Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Kuala Selangor menafikan mesej tular mendakwa enam kakitangan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA) Kuala Selangor positif Covid-19.

Jabatan itu juga menafikan dakwaan mesej berkenaan bahawa semua kakitangan terbabit disahkan positif oleh Klinik Kesihatan Kuala Selangor.

Perkara itu dinyatakan PKD Kuala Selangor dengan memuat naik mesej berkenaan di laman sosial Facebook milik jabatan itu hari ini.

Mesej tular menerusi aplikasi WhatsApp itu meminta sesiapa yang pernah berurusan dengan kakitangan terbabit tampil ke klinik kesihatan berhampiran bagi membuat ujian saringan Covid-19.

Menurut kenyataan PKD Kuala Selangor itu, hanya mereka yang diarahkan pihaknya sahaja perlu hadir menjalani ujian saringan Covid-19.

“Mereka yang tidak mendapat arahan (hadir ujian saringan ) tidak perlu hadir.

“Sesiapa yang pernah berurusan di Pasar Besar Selayang, anda perlu hadir menjalani ujian saringan seperti yang dimaklumkan sebelum ini,” katanya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here