Bersediakah kita hidup dalam bayangan Covid-19?

0
110
GAMBAR HIASAN

KERAJAAN sudahpun mengumumkan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) yang mana kelonggaran diberikan dalam aktiviti harian.

Pengumuman ini sepatutnya disambut dengan sikap berhati-hati, kerana ancaman Covid-19 masih wujud.

Ini bukan masa ‘kelaziman biasa’, semuanya kena berubah.

Mesej yang ingin disampaikan di sini adalah kita semua bertanggung jawab menjaga satu sama lain.

Kerajaan bila-bila masa sahaja boleh mengetatkan kembali kelonggaran ini, namun adakah kita bersedia untuk menghadapi gelombang kejutan yang berlaku? Bersediakah kita untuk mengorbankan sesuatu milik kita lagi?

Sana sini Cakcibor dengar, keluhan anggota masyarakat, tentang kepedihan poket mereka.

Ada yang gaji sudah dipotong, dan yang paling pedih, ada juga yang sudah kehilangan mata pencarian.

Walaupun kerajaan ada mengumumkan sedikit bantuan, namun berapa lama sangatlah ia dapat bertahan.

Benar, ancaman terbesar PKP adalah pada ekonomi. Namun keputusan itu terpaksa diambil bagi menjaga nyawa dan pada masa yang sama memastikan sistem perkhidmatan kesihatan kita berada pada tahap kemampuan yang tinggi.

Sekarang, waktu untuk kita bina ekonomi kita kembali. Mana-mana yang perlu ke pejabat atau ke tempat kerja, laksanakan lah tugas anda sebaik mungkin dan ingatlah, sentiasa pakai topeng muka dan basuh tangan anda dengan sabun atau cecair penyahkuman.

Amalkan penjarakan sosial, dan elakkan kawasan di mana ada perkumpulan orang ramai terutamanya di kawasan yang tertutup.

Suka atau tidak, kita terpaksa hidup dalam kelaziman baharu ini buat satu jangkamasa yang agak panjang.

Kealpaan kita bukan sahaja membahayakan diri, tetapi juga orang-orang di sekeliling.

Sendiri mau ingat lah.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here