BPN: Boleh kemukakan rayuan bermula 11 dan 12 Mei ini

0
225

CYBERJAYA – Orang ramai yang gagal dalam permohonan Bantuan Prihatin Nasional (BPN) boleh mengemukakan rayuan kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDNM) berikutan tempoh rayuan dilanjutkan sehingga 31 Mei ini.

Ketua Pegawai Eksekutif LHDNM, Datuk Seri Dr. Sabin Samitah berkata, pejabat LHDNM M akan dibuka bermula 11 Mei atau 12 Mei ini iaitu  berdasarkan hari bekerja di setiap negeri bagi menerima rayuan tersebut. 

Tambah beliau, rayuan juga boleh dibuat melalui e-mel kepada LHDNM iaitu [email protected] .

“Bagi permohonan yang ditolak atas alasan lain, termasuk pemohon atau pasangan mempunyai syarikat yang berdaftar dengan SSM, pemohon juga boleh membuat rayuan dengan mengemukakan dokumen sokongan yang menunjukkan jumlah pendapatan terkini.

“Rayuan akan diberi pertimbangan yang sewajarnya bagi memastikan mereka yang menepati syarat BPN akan menerima bantuan tersebut,” katanya dalam kenyataan sebentar tadi.

Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin dalam ucapan Perutusan Khas hari ini berkata, kerajaan bersetuju untuk melanjutkan tempoh permohonan BPN sehingga 31 Mei ini.

Muhyiddin berkata, lanjutan tersebut diberikan selepas pihaknya menerima banyak aduan dan rungutan orang ramai yang gagal menerima bayaran BPN atas pelbagai sebab.  – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here