Brunei guna gelang jejak individu dikuarantin

0
301

Oleh SITI AZIELAH WAHI

BANDAR SERI BEGAWAN- Bagi mengesan pergerakan individu yang perlu dikuarantin, Kementerian Kesihatan Brunei memperkenalkan satu kaedah baharu yang dinamakan iMSafe iaitu pemasangan gelang tangan khas.

Menerusi laporan Pelita Brunei yang diterbitkan oleh Jabatan Penerangan, gelang tangan tersebut mempunyai sistem pemantauan ‘IOT real-time monitoring and tracking’ bagi memantau pergerakan dan lokasi pemakai.

Berbeza dengan gelang seperti memasuki taman tema, iMSafe mengandungi Bluetooth ‘chip locator’ dan Kod QR khas bagi setiap gelang tangan dimana akan diaktifkan setelah pemakai tiba di lokasi tempat tinggal atau kuarantin.

Kaedah itu bersesuaian dengan undang-undang negara berkenaan iaitu Akta Penyakit Berjangkit Penggal 204.

Pemakai juga perlu mengaktifkan fungsi ‘bluetooth’ pada telefon pintar mereka setiap masa. Gelang berkenaan akan ditanggalkan setelah tamat tempoh kuarantin.

Sistem itu turut mempunyai beberapa ciri seperti ‘dashboard’ yang mempamerkan senarai nama dan lokasi mereka yang dikuarantin, laporan serta status pengguna gelang tangan selain sistem amaran.

Sistem iMSafe ini bukan sahaja membolehkan Kementerian Kesihatan dan Pasukan Polis Diraja Brunei memantau dan mengesan mereka di bawah perintah kuarantin, malah ia juga akan membantu dalam kepatuhan orang ramai, khususnya para pengguna gelang tangan iMSafe terhadap arahan tersebut.

Ia juga mempunyai beberapa ciri seperti paparan yang mempamerkan nama-nama dan lokasi mereka yang ditempatkan di bawah perintah kuarantin, laporan dan status pengguna gelang tangan iMSafe serta sistem amaran.

Gelang tangan iMSafe mempunyai cip pengesan bluetooth serta kod QR tersendiri dan ia akan diaktifkan setelah pemakai tiba di tempat tinggal atau tempat kuarantin.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here