Buat bisnes bukan untuk kayakan diri sahaja

0
352

Oleh NORDEN MOHAMED

RAUDHAH CITY – Pengasas Brainy Bunch dan Malakat Mall, Mohd. Fadzil Hashim berkata, terdapat tiga soalan yang seseorang usahawan itu perlu jawab untuk menjadi usahawan berjaya.

Dalam temubualnya dengan majalah Maskulin, beliau memberikan ketiga-tiga tipnya:

Mesti Ada Grand Why

Mesti ada grand why, atau sebab besar kenapa dia nak mulakan bisnes itu. Dan grand why itu mesti ada hubungkait dengan akhirat. Kalau tiada hubungkait, bisnes itu tidak akan jadi besar dan teguh. Saya adalah coach 100X. Kalau 10X, hanya setakat nak kayakan diri sahaja.

Sebaliknya jika 100X, dia boleh tolong ramai orang. Bila dia boleh tolong ramai orang, dia akan kaya gila. Bila dia kaya gila, dia tak perlukan duit itu kerana akan gunakan duit itu untuk orang lain. Bila dia berbuat begitu, dia akan dapat kekayaan di akhirat, Insya-Allah.

Sebab itu seseorang yang ingin jadi usahawan perlu jelas dengan grand why-nya, iaitu kenapa dia hendak buat sesuatu bisnes itu. Kalau setakat buat bisnes untuk jadi kaya, hanya bawa ibu bapa pergi umrah, pergi bercuti, tunai zakat, taja rumah anak yatim, dirikan masjid sahaja. Itu adalah bisnes kategori sara diri! Bisnes itu okey tetapi kecil.

Tapi kalau grand why misalnya ialah untuk membantu jutaan manusia di dunia yang tak ada rumah atau berbuat seperti peninju Filipina, Manny Pacquiao yang pernah membina 1,000 rumah untuk golongan miskin di negaranya, maka itu adalah besar.

Kita hendak lahirkan usahawan begitu. Kalau itu menjadi tujuan, pasti Allah akan buka rezeki seluas-luasnya untuk kita laksanakan.

Mesti Punyai Unique Selling Proposition (USP)

Mana-mana perniagaan yang bagus mesti mempunyai USP atau unique selling proposition. Apa yang unik tentang perniagaan itu? Unik tidak semestinya terlalu inventif atau hanya kita sahaja yang boleh lakukannya.

Kita kena tengok keunikannya. Kalau semua orang tak buat dan kita yang buat, kita dah jadi unik. Walaupun ia sesuatu yang mudah sangat seperti tadika yang menggunakan bahasa Inggeris seperti yang kami lakukan. Kami buka Islamic-Montessori English based kindergarden.

Ketiga-tiga elemen, Islamik-Montessori-English itu bukan orang lain tak boleh buat. Bukannya satu sistem yang sukar. Saya ambil nilai Islam, bahasa Inggeris dan Montessori lalu gabungkan sebagai satu sistem. Oleh kerana orang lain tak buat, maka sekolah kita jadi unik.

Tadika kami tawarkan apa yang pengguna mahu. Kadangkala pengguna pun tak tahu apa yang mereka mahu. Tetapi bila kita bentangkan kepada mereka, mereka baru sedar itulah yang mereka mahu.

Model Bisnes Yang Betul

Ramai usahawan gagal kerana tidak mempunyai business model yang betul. Biasanya sesebuah perniagaan itu terlalu terkawal ataupun tiada kawalan langsung. Bisnes yang terkawal berpunca kerana usahawan itu tak percaya langsung pada orang lain. Hanya dia yang kawal segalanya. Kalau pekerjanya buat salah, dia akan marah tetapi tak buat apa-apa.

Ataupun ada yang terlalu terbuka misalnya memberi francais. Asalkan ada duit, dia akan berikan pada yang mahu. Lama-kalamaan francaisnya tiada nilai kerana larut dan tiada kualiti, hilang fokus malah bersaing sesama sendiri dan akhirnya gagal.

Jadi kita kena bisnes model terbaik yang menang-menang. Tidak boleh, usahawan dapat duit, orang lain rugi. Sebab itu di Brainy Bunch, kita tiada francais tetapi perkongsian. Keseluruhannya ia adalah hak milik syarikat induk. Kesemua 100 cawangan dimiliki oleh sebuah organisasi.

Kita ada pelabur, tetapi operasinya dilaksanakan oleh ibu pejabat. Semua kakitangannya mempunyai majikan yang sama. Cara demikian, kita boleh sediakan pembangunan kerjaya, menangani perkembangan kewangan mereka dan sebagainya. – MBN

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here