Bunch-Oh dibuka kepada orang awam esok

0
309
Pengurus Restoran Bunch-Oh, Mohd Hadaffi Ramli (kiri) memastikan jarak diantara meja dalam keadaan selamat seperti yang disarankan oleh pihak kerajaan.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

RAUDHAH CITY – Restoran Bunch-Oh yang beroperasi di Malakat Mall bakal menerima pelanggan untuk menikmati hidangan di dalam premis itu mulai esok.

Pengurus Restoran Bunch-Oh, Mohd Hadaffi Ramli berkata, pihaknya akan menerima pelanggan yang mahu menikmati makanan di premis tersebut bermula pukul 12 tengah hari hingga 10 malam.

Namun katanya, pihaknya hanya menerima 20 hingga 30 pelanggan dalam satu-satu masa untuk menjaga penjarakan sosial.

Jelasnya, ia selari dengan prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan kerajaan sebelum ini dalam mengurangkan kadar jangkitan wabak Covid-19.

Malakat Mall

“Kami akan mula buka pada pukul 12 tengah hari sehingga 10 malam untuk pelanggan makan di premis ini namun ada beberapa SOP yang perlu mereka patuhi.

“Antaranya, pihak kami akan ambil suhu badan terlebih dahulu sebelum mengambil maklumat diri termasuk nama, alamat, nombor telefon seperti mana disarankan oleh pihak kerajaan sebelum ini.

“Ini untuk memudahkan pihak kami mahupun Kementerian Kesihatan (KKM) untuk menjejaki pelanggan kami sekiranya berlaku jangkitan Covid-19 di kawasan ini,” katanya kepada MBNews.

Dalam pada itu, Mohd. Hadaffi berkata, pihaknya juga menempatkan pelanggan dengan jarak selamat yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Katanya, bagi sebuah meja kecil hanya dua pelanggan dibenarkan manakala meja bersaiz besar empat orang sahaja dibenarkan duduk bersama.

“Selain itu juga, kedudukan meja dengan meja lain turut disusun dengan jarak selamat seperti mana diminta oleh pihak kerajaan selain menjaga pelanggan Restoran Bunch-Oh itu sendiri,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here