[VIDEO] Bunch-Oh dibuka kepada orang ramai hari ini

0
197
Kakitangan Bunch-Oh memastikan meja dan kerusi dalam penjarakan sosial sebelum menerima pelanggan petang ini.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

RAUDHAH CITY – Restoran Bunch-Oh di Malakat Mall akan menyediakan ruang untuk makan di dalam premis itu mulai hari ini, selepas keputusan Kerajaan Negeri Selangor membenarkan pelanggan untuk makan di dalam restoran.

Ketua Pegawai Eksekutifnya, Mohd. Fadzil Hashim berkata, jika sebelum ini, operasi yang dijalankan oleh pihaknya bermula 10 pagi hingga 7 malam namun selepas pengumuman Kerajaan Negeri Selangor, Malakat Mall akan dibuka pada 10 pagi hingga 10 malam.

“Jadi sesiapa yang ingin mahu membeli belah untuk persiapan raya di Malakat Mall tidak perlu bergegas pulang ke rumah kerana boleh berbuka di sini dan ada ruang solat disediakan.

“Namun kerana masih Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB), kita tidak boleh solat berjemaah, jika tidak kami merancang melakukan solat tarawih secara berjemaah di Makalat Mall tapi sekarang sesiapa yang ingin solat tarawih perlu lakukan secara bersendirian kita sediakan ruang,” katanya kepada MBNews.

Jom berbuka puasa di Bunch-Oh!

Mohd. Fadzil memberitahu, walaupun Bunch-Oh mula dibuka kepada orang ramai mulai hari ini, pihaknya telah menetapkan prosedur operasi standard (SOP) untuk pelanggan sebelum memasuki restorannya.

Katanya, pihak Bunch-Oh juga mengambil suhu badan, meminta pelanggan menggunakan hand sanitizer sebelum pelanggan masuk untuk membuat tempahan di dalam premis itu.

Jelasnya, untuk makan di dalam restoran Bunch-OH, pihaknya juga akan melakukan penjarakan sosial selain menentukan meja dan kerusi turut mengamalkan pekara yang sama.

“Insya-Allah… Tuan puan boleh datang membeli belah dan berbuka puasa di Bunch-Oh ataupun bagi mereka yang tinggal berhampiran selepas solat boleh datang jika mahu beli sesuatu di sini,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here