Bunch-Oh sedia terima pelanggan, patuhi SOP ditetapkan

0
290
Pengarah Food & Beverage (F&B) Malakat Mall, Cef Aziz Juhari menunjukkan antara menu yang ditawarkan di Bunch-Oh.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

RAUDHAH CITY – Restoran Bunch-Oh yang beroperasi di Malakat Mall mula dibuka kepada orang ramai untuk menikmati hidangan di dalam premis itu bermula hari ini.

Pengarah Food & Beverage (F&B) Malakat Mall, Cef Aziz Juhari, pihaknya akan menerima pelanggan yang mahu menikmati makanan di dalam premis tersebut bermula pukul 10 pagi esok.

Namun katanya, pihaknya hanya menerima 20 hingga 30 pelanggan dalam satu-satu masa untuk menjaga penjarakan sosial.

Jelasnya, ia selari dengan prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan kerajaan sebelum ini dalam mengurangkan kadar jangkitan wabak Covid-19.

“Cuma hari ini, kami (Bunch-Oh) dibuka pada pukul 1 petang namun bermula esok restoran ini akan dibuka seawal 10 pagi dan pelanggan makan di premis ini namun ada beberapa SOP yang perlu mereka patuhi.

Restoran Bunch-Oh mula menerima pelanggan mulai hari ini.

“Antaranya, pihak kami akan ambil suhu badan terlebih dahulu sebelum mengambil maklumat diri termasuk nama, nombor telefon seperti mana disarankan oleh pihak kerajaan sebelum ini,” katanya kepada MBNews.

Dalam pada itu, Aziz berkata, pihaknya juga menempatkan pelanggan dengan jarak selamat yang ditetapkan oleh pihak kerajaan.

Katanya, bagi sebuah meja kecil hanya dua pelanggan dibenarkan manakala meja bersaiz besar empat orang sahaja dibenarkan duduk bersama.

“Selain itu juga, kedudukan meja dengan meja lain turut disusun dengan jarak selamat seperti mana diminta oleh pihak kerajaan selain menjaga pelanggan Restoran Bunch-Oh itu sendiri,” katanya.

Kakitangan Bunch-Oh, Nor Ain Syuhadah Yusof Tan (kiri) memeriksa suhu badan pelanggan yang ingin memasuki ke restoran tersebut.

Katanya, selain membenarkan pelanggan makan di dalam premis, orang ramai juga boleh membawa pulang makanan yang dipesan di Bunch-Oh atau mendapatkan makanan dari restoran itu menerusi khidmat penghantaran makanan kepada pelanggan.

Menurutnya, bermula esok, orang ramai di kawasan Putrajaya, Puchong dan Cyberjaya boleh menggunakan khidmat penghantaran makanan daripada pihaknya untuk menikmati masakan restoran Bunch-Oh.

“Orang ramai boleh hubungi kami di talian 016-2189535 untuk membuat tempahan dan tempahan akan dikenakan caj bagi setiap penghantaran.

Pelanggan Bunch-Oh membuat tempahan makanan di kaunter.

“Oleh itu, saya menjemput orang ramai untuk datang ke Bunch-Oh untuk menikmati makanan di dalam restoran atau dibawa pulang mahupun menerusi perkhidmatan penghantaran makanan kepada pelanggan,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here