Cadangan undi percaya kepada Dr. Mahathir ditolak Speaker Dewan Rakyat

0
1078
Tan Sri Mohamad Ariff

CYBERJAYA – Speaker Dewan Rakyat , Tan Sri Mohamad Ariff Md. Yusof menolak usul daripada Ahli Parlimen Semporna Shafie Apdal untuk memulakan usul undi percaya terhadap Ahli Parlimen Langkawi, Tun Dr. Mahathir Mohamad.

Dalam satu surat rasmi bertarikh 5 Mei yang tersebar dalam laman media sosial hari ini, Mohamad Arif berkata, usul itu tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan.

“Saya telah meneliti usul yang dikemukakan oleh Datuk Seri Panglima (Shafie Apdal) serta perincian penjelasannya.

Surat penolakan usul oleh Speaker Dewan Rakyat

“Berdasarkan penjelasan yang dinyatakan dalam usul tersebut, saya mendapati ia adalah tidak selari dengan Perkara 43 Perlembagaan Persekutuan kerana ia mempertikai kuasa Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong dalam urusan pelantikan jawatan Perdana Menteri,” katanya.

Sehubungan itu, Mohamad Ariff berkata, beliau tidak membenarkan usul yang dibawa oleh Ahli Parlimen Semporna itu.

Hari ini tersebar surat daripada Shafie kepada Speaker Dewan Rakyat bagi memohon izin untuk mengemukakan usul sokongan kepada Dr. Mahathir yang juga ahli Parlimen Langkawi.

Cadangan usul itu meminta Dewan Rakyat yang akan bersidang pada 18 Mei ini membuat ketetapan bahawa Dr. Mahathir mempunyai keyakinan majoriti anggota Dewan Rakyat sekali gus menjadi undi tidak percaya terhadap Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here