‘Cakap lemah lembut tapi dibalas jeritan’, warga Myanmar ditahan

0
16171

CYBERJAYA – Silap menjerit padah dapatnya.

Itu situasi berlaku yang dikongsi akaun Facebook JSJ Kontinjen Pahang mengenai seorang warganegara Myanmar tidak memberi kerjasama kepada anggota polis.

Menurut hantaran akaun Facebook itu, anggota polis terbabit meminta suspek itu dengan cara baik untuk memberi kerjasama dalam melakukan pemeriksaan.

“Bagi kerjasama!. Cakap lemah lembut namun dibalas dengan mempertikai undang-undang negara dan menjerit kepada polis. Natijahnya warganegara Myanmar (Rohingya) ditahan enggan bekerjasama dan menghalang tugas penjawat awam,” kata hantaran itu.

Tambah kenyataan itu, dalam insiden yang disaksikan orang awam tersebut, berlaku pergelutan untuk menahan suspek ekoran tindakan agresif dilakukannya.

“Pihak polis menggunakan langkah-langkah perlu dalam melaksanakan proses tangkapan sepertimana peruntukan seksyen 15 (2) Kanun Prosedur Jenayah,” kata hantaran itu yang mendapat lebih 1,300 tanda suka dan dikongsi 490 pengikut akan Facebook itu.

Dalam pada itu menerusi ruangan komen akaun Facebook JSJ Kontinjen Pahang memuji tindakan anggota polis terbabit.

Seorang pengikut akaun Facebook itu yang dikenali Juhan Johan berkata, dalam soal undang-undang perlu tegas walau siapapun terutama pendatang asing dan tiada istilah mereka dilindungi oleh mana-mana pihak.

“Itu semua alasan untuk mereka. Salah tetap salah dan ambil tindakan tegas kad UNHCR yang ada itu hanya topeng untuk kaburi undang-undang.

“Tak ada istimewanya pun sebab mereka masuk ke Malaysia semakin ramai dan mampu bayar beribu untuk menyeludup masuk tentu ada dalangnya. 

“Fikirlah kita ikut undang-undang Malaysia, kuatkuasakan undang-undang demi kesejahteraan negara,” ujarnya.

Bagi Ijamjer Ijey pula, dia kagum dengan anggota polis yang mempunyai sifat kesabaran tinggi dalam menahan suspek tersebut.

Respect mana-mana anggota yang boleh tarik nafas..sabar..Kita yang baca ini pun mendidih dengar. Tak boleh ke anggota kita buat-buat ‘tersalah’ pihak tengkuk ke.. Apa pun, semoga dipermudahkan urusan pada semua anggota yang bertugas,” katanya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here