Cerpelai jangkiti dua individu di Belanda

0
314

Oleh SITI AZIELAH WAHI

AMSTERDAM – Haiwan spesis Cerpelai yang positif koronavirus (Covid-19) disahkan telah menjangkiti dua individu di Belanda.

Jangkitan tersebut berkemungkinan menjadi kes pertama penularan membabitkan haiwan itu di negara berkenaan.

Memetik laporan Sinar Harian, semalam, pihak berkuasa kesihatan memaklumkan cerpelai yang membawa virus itu ditemui di empat daripada 155 ladang pembiakan haiwan tersebut.

Laporan yang memetik Agensi itu memaklumkan, Menteri Pertanian, Carola Schouten menerusi surat kepada Parlimen berkata, risiko penyebaran haiwan kepada manusia di luar ladang cerpelai itu telah ‘diabaikan’.

Laporan menunjukkan sumber jangkitan di tiga daripada empat ladang terjejas berpunca daripada manusia yang didiagnos positif virus itu.

Sementara itu, Pengarah Institut untuk Kesihatan (RIVM), Jaap van Dissel mendakwa penyebaran daripada cerpelai kepada manusia secara praktikalnya adalah unik memandangkan beberapa kucing dan haiwan lain dijangkiti daripada manusia.

“Ini adalah dua kes pertama yang berkemungkinan melibatkan penyebaran daripada haiwan kepada manusia. Sebelum ini, sumber jangkitan di China juga dipercayai berasal daripada haiwan,” ujarnya.

Belanda sebelum ini berkata, negara itu akan mula memeriksa kesemua ladang cerpelai selepas seorang individu dipercayai dijangkiti Covid-19 daripada haiwan tersebut.

Pada 2013, undang-undang melarang pembukaan ladang cerpelai di Belanda telah diluluskan dan baki premis terbabit dijangka menamatkan operasi pada 2023.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here