Cinta Cikgu Tadika!, khas buat guru pendidikan prasekolah

0
442

RAUDHAH CITY – Sambutan Hari Guru tahun ini berbeza dengan tahun sebelum ini berikutan penularan wabak Covid-19 melanda negara ini menyebabkan sekolah di seluruh negara ditutup berikutan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.

Namun ucapan Hari Guru tetap diberikan oleh pelajar kepada guru-guru mereka sama ada melalui media sosial dan juga aplikasi WhatsApp.

Tidak dilupakan sumbangan guru tadika juga tidak dilupakan kerana mereka juga golongan pendidik yang mencorak kanak-kanak di peringkat prasekolah.

Pejuang Pendidikan Islam, Mohd. Fadzil Hashim menulis sajak bagi golongan pendidik yang begitu komited dalam mendidik kanak-kanak di prasekolah.

Beliau yang juga Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan Brainy Bunch menghasilkan sajak buat guru-guru tadika sempena sambutan Hari Guru yang bertemakan Berguru Demi Ilmu, Bina Generasi Baharu tahun ini.

CINTA CIKGU TADIKA!
Oleh : Coach Fadzil
Cikgu Tadika,
Kerjaya yang sangat mencabar
Kerjaya yang tidak ‘glamour’
Kerja bukan pilihan ramai!
Kerjaya mulia untuk insan terpilih oleh Allah!
Cikgu Tadika penuh dengan Cinta!
Tak mungkin boleh bertahan mengajar, mendidik, mengasuh, mendisplin tanpa Bank Cinta yang Hebat!
Anak didik datang bermacam ragam!
Dari tangisan tanpa henti di bulan Januari,
Yang membawa kedalam mimpi Cikgu Tadika,
Kepada keyakinan di atas pentas akhir tahun!
Cinta Cikgu Tadika sangat Hebat!
Mereka menggalas peranan Ibu dan Bapa untuk satu kelas!
Mereka mencurah kasih dan sayang Tanpa Henti setiap hari!
Senyuman memukau anak-anak didiknya!
Dalam senyum dan Cinta displin tidak dikompromi!
Cikgu Tadika sangat Berbakat!
Macam-macam posisi yang mampu digalas!
Kadang-kadang menjadi Polis,
Kadang-kadang menjadi Hakim!
Walaupun secara harian menjadi ‘Cleaner’ dan Tukang Masak,
Portfolio tugas tidak pernah Statik!
Namun tugas mereka adalah sebagai pengasuh!
Ditempoh umur anak-anak yang paling penting!
Tempoh PKP sebenarnya menyerlahkan kehebatan Cinta Cikgu Tadika!
IbuBapa mulai terasa kepenatan melayan karenah anak setiap hari,
Akhirnya ramai mengalah dengan gajet dan TV,
Walaupun anak tidak seramai Cikgu Tadika!
Semakin kagum dengan Cinta Cikgu Tadika!
Cinta Cikgu Tadika bukan kepalang!
Setiap tahun menyerahkan Cinta kepada anak-anak baru,
Tidak dibezakan asal dan rupa!
Cintanya tidak berbelah bagi!
Allah berikan kuasa yang luarbiasa kepada Cikgu Tadika,
Apa sahaja yang diarah kepada anak didiknya semua dipatuhi!
Berbanding IbuBapa yang kekadang hairan dan kagum,
Dengan perkembangan anak-anak yang tiba-tiba mandiri (berdikari)
Wahai Cikgu Tadika yang dicintai!
Teruskanlah perjuangan memberi cinta abadi!
Teruskanlah berjuang walaupun kadang-kadang tidak dihormati!
Teruskanlah mendidik dan mengasuh agar anak-anak menjadi Muslim bertaqwa!
Jangan dihiraukan suara-suara negatif!
Kerana Allah jualah sebaik-baik pembalas!
Allah mendengar setiap huruf yang dididik,
Allah melihat Al Fatihah yang dipasak dalam hati anak-anak didikmu!
Allah tahu setiap amalan muliamu memberi cinta setiap hari!
Terima kasih Guru Tadika Brainy Bunch KU!
Yang mendidik dan mengasuh aset negara,
Pemimpin masa hadapan!
Aku berdoa agar Allah kurniakan sebaik-baik balasan di dua dunia!
Buat semua Cikgu Tadika Brainy Bunch dan Cikgu-Cikgu dan Guru-Guru seluruhnya!
Selamat Hari GURU 2020!

Coach Fadzil
Pejuang Ekonomi Dan Pendidikan Islam

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here