Covid-19: 105 kes baharu, 94 jangkitan tempatan

0
78

Oleh SITI AZIELAH WAHI

CYBERJAYA – Sebanyak 116 kes Covid-19 pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, dengan angka itu, jumlah kumulatif kes yang pulih sepenuhnya dari wabak pendamik itu berjumlah 4,326 kes iaitu 70 peratus daripada jumlah keseluruhan kes.

“Sehingga pukul 12 00 tengah hari tadi, terdapat 105 kes baharu dilaporkan. Ini menjadikan jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,176 kes.

“Oleh itu, jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan Covid -19 adalah 1,747 kes dan mereka telah diasingkan untuk diberi rawatan, ” katanya dalam sidang akhbar perkembangan Covid-19 di Putrajaya hari ini.

Pada sama sama Dr Noor Hisham memaklumkan daripada 105 kes baharu yang dilaporkan, sebanyak 11 kes adalah kes import.

” Ini bermakna, kes penularan tempatan adalah sebanyak 94 kes, di mana 60 kes telah dikesan dari lokaliti di bawah Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD),” katanya.

Sementara itu Dr Noor Hisham memaklumkan sebanyak 31 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah tersebut, 12 kes memerlukan bantuan pernafasan.

Selain itu, katanya, tiada kes kematian berkaitan setakat ini.

“Justeru, jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 kekal sebanyak 103 kes iaitu 1.67 peratus daripada jumlah keseluruhan kes, ” katanya.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here