Covid-19: 172 kes baharu, 112 libatkan PATI

0
168
Kes positif mengikut negeri

CYBERJAYA – Kes penularan Covid-19 dalam kalangan warga asing di depoh tahanan imigresen (DTI) terus meningkat apabila 112 kes dikesan di tiga pusat tahanan tersebut hari ini.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kes lain pula melibatkan lima kes import, lapan kes rakyat tempatan dan 47 lagi kes melibatkan warga asing bukan di DTI.

“Orang ramai tidak perlu bimbang kerana depoh-depoh Imigresen ini merupakan tempat yang terasing daripada masyarakat umum dan dikawal oleh pihak berkuasa,” katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Beliau berkata, secara keseluruhan setakat hari ini, terdapat 227 kes positif daripada ketiga-tiga kluster DTI itu.

Beliau berkata, berdasarkan pecahan kes mengikut warganegara 53 kes warganegara Bangladesh; 41 kes warganegara India; Indonesia (38); Myanmar (37); Pakistan (28); China (17); Kemboja(empat); Nepal (tiga) dan Sri Lanka (dua).

Sementara itu, satu kes pula masing-masing melibatkan warganegara Sri Lanka; Filipina; Libya; Mesir dan Syria.

Sementara itu, mengulas lanjut beliau berkata, hari ini tiada kes kematian dilaporkan manakala kes yang telah pulih dan dibenarkan keluar hospital ialah sebanyak 34 kes.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here