Covid-19: 2 ahli Parlimen dikuarantin, tidak dibenarkan hadir sidang Dewan Rakyat

0
733
Gambar hiasan

CYBERJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, setakat ini sebanyak 950 individu termasuk ahli Parlimen, orang kenamaan dan warga kerja Parlimen dibenarkan hadir ke Sidang Dewan Rakyat esok.

Beliau berkata, kesemua mereka dibenarkan berada di Parlimen bagi menghadiri Istiadat Pembukaan Mesyuarat Penggal Ketiga Parlimen ke-14, esok selepas disahkan negatif Covid-19.

“Yang sudah hadir saringan dan ujian 950 orang. 10 orang tidak hadir iaitu lapan warga kerja dan dua ahli Parlimen kerana mereka sedang dikuarantin sebab ada kontak rapat,” katanya dalam sidang akhbar hari ini.

Esok sidang Dewan Rakyat dijadualkan berlangsung selama sehari dengan hanya titah diraja diadakan tanpa sebarang usul dibenarkan.

Langkah itu dibuat bagi membendung penularan Covid-19 yang masih belum reda sepenuhnya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here