Covid-19: 22 kes baharu, tiada kematian dilaporkan

0
90
Gambar hiasan

CYBERJAYA-Jumlah jangkitan kes baharu Covid-19 hari ini terus kekal pada angka dua digit iaitu dengan 22 kes dilaporkan setakat tengah hari tadi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, jumlah itu menjadikan angka kumulatif kes positif Covid-19 adalah sebanyak 6,894 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan ialah 1,210 kes.

“Ingin dimaklumkan daripada 22 kes baharu dilaporkan, lima ialah kes import yang mendapat jangkitan di luar negara, manakala 17 kes adalah penularan tempatan dengan sembilan kes bukan warganegara,” katanya dalam sidang akhbar harian Covid-19, hari ini.

Beliau berkata, terdapat 13 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di unit rawatan rapi (ICU), dengan tujuh kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Tiada kes kematian berkaitan Covid-19. Jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 kekal sebanyak 113 kes atau 1.64 peratus daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya

Dalam pada itu, katanya, kes pulih Covid-19 kini mencapai 80.8 peratus dengan penambahan 59 lagi kes pulih dan dibenarkan discaj hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, ini menjadikan jumlah kumulatif kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 dan discaj dari wad ialah 5,571 kes.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here