Covid-19: 259 kertas siasatan berita palsu dibuka

0
142
Sebanyak 259 kertas sisatan berkaitan berita palsu Covid-19 telah dibuka PDRM dan SKMM hari ini.

CYBERJAYA – Sebanyak 259 kertas siasatan berkaitan berita palsu Covid-19 telah dibuka Polis Diraja Malaysia dan Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) setakat hari ini.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, daripada jumlah tersebut, sebanyak 179 masih dalam siasatan, manakala 26 kes telah didakwa di mahkamah, 11 kes diberikan notis amaran dan 15 telah mengaku bersalah.

Katanya, melalui Pasukan Respon Pantas (PRP) Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) yang juga ditubuhkan bagi membantu membendung penyebaran berita palsu berkaitan Covid-19 dan sehingga kini sebanyak 255 penafian serta penjelasan.

“Semalam, banyak gambar yang diedarkan (tular) oleh orang ramai melalui media sosial mengenai ketidakpatuhan beberapa pihak di tempat awam seperti di pusat membeli belah dan restoran.

“Tindakan ini dipuji kerana ia menunjukan sikap dan tanggungjawab mereka terhadap pematuhan SOP yang ditetapkan namun orang ramai diingatkan supaya menyemak sesuatu berita atau gambar sebelum ditularkan dan jangan kongsi jika tidak pasti,” katanya.

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Dalam pada itu, Ops Sanitasi Awam di bawah kawal selia Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan (KPKT) sejak 30 Mac lalu telah melakukan 5,300 operasi sanitasi termasuk di 68 Zon Kuning dan Merah.

Katanya, sebanyak 8,975 premis Kerajaan, premis perniagaan dan kawasan awam telah disanitasi.

“Semalam, sebanyak 83 operasi sanitasi meliputi 31 Zon Merah dan Kuning di 7 negeri, termasuk 34 operasi di Johor dan 18 operasi di Sabah.

“Sehingga kini, operasi sanitasi telah merangkumi 2901 bangunan kerajaan, 2,019 tempat awam, 2,211 pusat perniagaan, 1,532 kawasan perumahan termasuk PPR dan 312 pasar raya,” katanya. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here