Covid-19: 40 kes baharu, 31 kes melibatkan warga asing

0
78
Datuk Dr. Noor Hisham

CYBERJAYA – Malaysia hari ini mencatatkan sebanyak 40 kes baharu Covid-19 dan satu kematian melibatkan seorang lelaki rakyat tempatan berumur 39 tahun.

Menurut Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah, jumlah kes yang pulih pula ialah sebanyak 70 kes dan mereka dibenarkan discaj hari ini.

“Daripada 40 kes baharu yang dilaporkan, 31 kes adalah dalam kalangan bukan warganegara Malaysia dan tiada kes import yang dilaporkan hari ini.

“Oleh itu, jumlah kes positif Covid-19 di Malaysia adalah sebanyak 6,819 kes dan jumlah kes aktif dengan kebolehjangkitan adalah 1,356 kes,” katanya dalam sidang akhbar harian Covid-19 hari ini.

Mengulas mengenai kes kematian ke-112 Covid-19, katanya, lelaki tersebut mempunyai sejarah penyakit injap jantung dan pernah mengalami kemalangan pada awal tahun ini.

“Kemalangan itu mengakibatkan beliau patah kedua-dua tulang utama di kaki dan sukar bergerak sendiri.

“Beliau disahkan meninggal dunia kelmarin pada pukuk 9.52 malam di wad kecemasan Hospital Tengku Ampuan Afzan, Pahang,” ujarnya. -MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here