Covid-19: 47 kes baharu melebihi kes sembuh

0
204

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) melaporkan jumlah kes baharu Covid-19 melebihi kes sembuh iaitu sebanyak 47 kes hari ini.

Ketua Pengarahnya, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, pertambahan kes baharu itu menjadikan jumlah terkumpul di negara ini sebanyak 6,941 kes.

Menurutnya, daripada jumlah kes baharu itu sebanyak 21 merupakan kes import dan mendapat jangkitan dari luar negara manakala 26 kes pula dari penularan tempatan di mana 17 kes adalah bukan warganegara Malaysia.

“Hari ini sebanyak 44 kes sudah pulih sepenuhnya dan dibenarkan pulang. Dengan pertambahan kes sembuh itu, ia menjadikan jumlah kumulatif kes sebanyak 5,615 kes atau 80.9 peratus dari keseluruhan kes.

“Sehingga pukul 12 tengah hari tadi, tiada pertambahan kes kematian disebabkan Covid-19 dan jumlahnya kekal sebanyak 113 kes,” katanya dalam sidang akhbar harian Covid-19, hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, sehingga kini, terdapat 13 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan enam daripadanya kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Daripada maklumat terkini yang dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan, dimaklumkan bahawa tiada kes kematian berkaitan Covid-19 setakat ini.

“Jumlah kumulatif kes kematian Covid-19 di Malaysia kekal sebanyak 113 kes (1.63 peratus) daripada jumlah keseluruhan kes,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here