Covid-19: 88 pulih, 70 kes baharu dan satu kematian

0
54

CYBERJAYA- Terdapat 88 kes telah pulih dan dibenarkan discaj pada hari ini dan jumlah kumulatif kes yang telah pulih sepenuhnya dari Covid-19 adalah sebanyak 5,113 kes atau 76 peratus.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sehingga pukul 12 tengah hari tadi terdapat 70 kes baharu yang dilaporkan iaitu 31 kes membabitkan warga asing.

Daripada jumlah itu katanya, terdapat 57 kes penularan tempatan dan 13 kes import, ini menjadikan jumlah positif Covid-19 di Malaysia ialah sebanyak 6,726 kes dengan kes aktif sebanyak 1,504 kes.

“Sehingga kini, seramai 20 kes positif Covid-19 yang sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU) dan daripada jumlah itu, tujuh kes memerlukan bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Menurut Dr. Noor Hisham, terdapat pertambahan satu lagi kes kematian berkaitan Covid-19 dan menjadikan jumlah kumulatif kematian sebanyak 109.

“Kes kematian ke-109 merupakan lelaki warganegara Malaysia berumur 63 tahun dan mempunyai latar belakang penyakit kencing manis dan penyakit barah hati.

“Pesakit itu telah dirawat di Hospital Kuala Lumpur pada 8 Mei lalu dan disahkan meninggal dunia semalam pada pukul 5.15 pagi,” katanya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here