Covid-19: 88 rakyat Malaysia dari luar negara dikesan positif selepas disaring kali kedua

0
245

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) menegaskan buat masa sekarang tiada keperluan untuk membuka sempadan negara lagi berikutan kes penularan Covid-19 masih aktif.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, sebagai contoh daripada ribuan rakyat Malaysia yang pulang dari luar negara, sebanyak 360 orang disahkan positif Covid-19.

Beliau berkata, daripada jumlah itu, 88 orang disahkan positif selepas menjalani ujian Covid-19 kali kedua.

“Sebab itu kita sangat berhati-hati untuk membuka semula sempadan negara, kalau dibuat pun, ia hanya pilihan terakhir.

“Pada masa sekarang kita akan lihat pada kes jangkitan tempatan terlebih dahulu sebelum bercadang untuk membuka sempadan negara,” katanya dalam sidang akhbar harian Covid-19 hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, sekiranya kerajaan bercadang membuka semula sempadan negara, antara garis panduan yang perlu dilakukan ialah dengan mengkuarantin mereka selama dua minggu dan mewajibkan menjalani ujian saringan Covid-19 sebelum dibenarkan masuk.

“Bagaimanapun, buat masa ini tiada sebarang keputusan dibuat, kita sekarang hanya ketatkan kawalan sempadan negara.

“Bagi yang pulang dari luar negara mereka akan dikuarantrin secara wajib dengan disaring pada hari pertama tiba dan yang kedua pada hari ke-13,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here