Covid-19: Angka korban meningkat melebihi 255,000

0
107
Gambar hiasan

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

AMERIKA SYARIKAT – Angka korban Covid-19 di seluruh dunia terus meningkat dengan pertambahan 5,000 kes lagi dalam tempoh 24 jam.

Memetik Astro Awani seperti dipetik Agensi, menurut statistik Johns Hopkins University, sebanyak lima negara mencatat lebih 20,000 kes maut.

Jumlah keseluruhan yang maut akibat wabak itu kini melebihi  255,000 kes.

Amerika Syarikat (AS) kekal sebagai negara dengan jumlah angka korban tertinggi dan satu-satunya negara yang melebihi 70,000 kematian.

United Kingdom mengatasi Itali sebagai negara kedua mencatatkan kematian tertinggi dengan menghampiri 30,000 kes.

Itali merekodkan lebih 29,000, manakala Sepanyol dan Perancis masing-masing dengan 25,000 dan 19,000 kematian.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here