Covid-19: Angka satu kes jangkitan dijangka diperoleh seminggu lagi

0
129
Dr. Noor Hisham

CYBERJAYA – Kementerian Kesihatan (KKM) meramalkan penurunan kes harian positif Covid-19 kepada angka satu dapat diperoleh dalam tempoh seminggu lagi.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, ramalan itu dibuat berdasarkan unjuran yang dibuat ketika pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa satu hingga empat yang berjaya menurunkan angka kes positif kepada dua digit.

“Hasil daripada pelaksanaan PKP ini kita berjaya mendapat dua angka mungkin kita dapat turunkan kepada satu angka dalam tempoh seminggu lagi.

“Pada masa sama, kita memberikan kelonggaran bersyarat kepada industri untuk beroperasi, kalau semua pihak patuh kepada arahan KKM, dalam tempoh dua hingga empat minggu lagi kita mampu kurangkan kes,” katanya dalam sidang akhbar harian Covid-19 hari ini.

Namun begitu, Dr. Noor Hisham berkata, sekiranya gagal mematuhi garis panduan ditetapkan, tidak mustahil kes Covid-19 akan meningkat semula.

“KKM akan sentiasa memantau keadaan semasa kalau R Naught (kebolehjangkitan) meningkat lebih daripada satu, itu merupakan tanda kepada kita untuk ambil tindakan lebih drastik.

“Sama ada kita kembali kepada PKP atau tidak, ia bergantung kepada rakyat Malaysia,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here