Covid-19: Arab Saudi sumbangkan lebih 7 juta peralatan perubatan kepada Malaysia

0
185
Gambar ihsan Wisma Putra

CYBERJAYA – Kerajaan Arab Saudi hari ini menyalurkan sumbangan peralatan perubatan kepada Malaysia dalam membantu negara memerangi wabak Covid-19.

Menurut laporan portal Astro Awani, sumbangan lebih 7 juta unit pelbagai peralatan itu disumbangkan oleh Raja Arab Saudi, Raja Salman Abdulaziz Al Saud yang berkenan menyalurkan bantuan tersebut melalui King Salman Humanitarian Aid and Relief Centre.

Menurut Menteri Luar, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein, berita baik ini dikongsikan sendiri oleh Duta Arab Saudi ke Malaysia, Tuan Yang Terutama (TYT) Dr Mahmoud Hussein Saeed Qattan pada satu pertemuan di Wisma Putra, hari ini.

Antara peralatan yang disumbangkan termasuk 5 juta unit topeng muka tiga lapisan, 1 juta unit topeng muka N95, lebih 700 ribu jumpsuit overalls, 300 ribu unit pelindung muka, 200 ribu unit pelindung kepala, 200 ribu unit pakaian pelindung diri dan lebih 300 ventilator.

Buat masa ini, sejuta unit topeng muka N95 telah sampai ke Malaysia dan diserahkan kepada KKM, manakala peralatan perubatan lain akan tiba secara berperingkat.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here