Covid-19: Bantu kerajaan tingkatkan kesedaran SOP PKPB

0
102
Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Semua pemimpin masyarakat mahupun sukarelawan diminta membantu kerajaan memberi kesedaran kepada komuniti masing-masing untuk mematuhi prosedur operasi standard (SOP) dan peraturan sepanjang tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Menteri Kanan (Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob berkata, ia amat penting terutama ketika rakyat beragama islam akan menyambut perayaan Aidilfitri tidak lama lagi.

Katanya, golongan terbabit perlu berganding bahu memberi penjelasan kepada komuniti masing-masing mengenai kepentingan mematuhi peraturan yang termaktub di bawah Akta Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit 1988 (Akta 342).

“Kerajaan menyeru pemimpin masyarakat seperti penghulu, ketua kampung, pemimpin politik, imam, ketua agama, tok batin, tuai rumah, kapitan, ketua adat, ketua kaum serta pasukan sukarelawan untuk mendidik komuniti masing-masing mematuhi patuh SOP yang ditetapkan.

“Mereka juga perlu memainkan peranan pupuk kesedaran mengenai kepentingan Akta 342 serta memberikan penjelasan, penerangan jika gagal mematuhi SOP terutama dari segi tindakan dan penalti yang akan dikenakan,” katanya pada sidang akhbar, hari ini. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here