Covid-19: CIDB tutup tapak projek degil

0
342
Sebuah tapak projek ditutup CIDB

CYBERJAYA – Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia (CIDB) menutup satu projek pembinaan di Jalan Ampang, Kuala Lumpur semalam susulan gagal membuat ujian saringan kesihatan Covid-19 ke atas pekerja binaan mereka.

Menurut CIDB dalam satu kenyataan menerusi Facebook miliknya, penutupan itu dbuat selepas projek pembinaan terbabit gagal mematuhi arahan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Menerusi notis yang tertera dalam gambar yang dimuat naik, CIDB menyatakan kesalahan projek pembinaan itu adalah melanggar Seksyen 34B (1)(b) Akta Lembaga Pembangunan Industri Pembinaan Malaysia 1994 (Akta 520) kerana gagal menjalankan kewajipan sebagai kontraktor berdaftar dengan melanggar peruntukan akta itu.

Notis itu yang berkuat kuasa semalam hanya akan ditarik balik selepas pematuhan terhadap undang-undang.

Notis penutupan

Kerajaan baru-baru ini mengarahkan semua majikan yang mempunyai pekerja asing khususnya di zon merah di Selangor dan Kuala Lumpur menjalani ujian saringan Covid-19.

Ini berikutan terdapat peningkatan secara mendadak kes melibatkan pekerja asing sejak wujudnya kluster pasar borong.

Sementara itu, dalam status berasingan, CIDB mengucapkan tahniah kepada kontraktor utama Pembinaan Tuju Setia Sdn. Bhd. yang mematuhi prosedur operasi standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) untuk sektor pembinaan.

Pekerja warga asing beratur sebelum menjalani ujian saringan

“Pemeriksaan CIDB Malaysia di tapak projek di Jalan Cheras mendapati seramai 100 pekerja binaan sedang menjalani ‘swab test’ sebelum beroperasi sepenuhnya bagi membendung penularan Covid-19 di tapak bina.

“Kontraktor berkenaan turut menyediakan pencuci tangan, melakukan penjarakan sosial termasuk merekodkan suhu badan pekerja dua kali hari,” ujarnya.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here