Covid-19: Dr. Noor Hisham mahu rakyat lindungi kumpulan berisiko dijangkiti

0
110

Oleh NURUL FIRDAUS KHAIRI

CYBERJAYA – Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, orang ramai perlu meningkatkan pematuhan kawalan sempadan negeri, daerah dan keluarga bagi mengelakan kumpulan berisiko dijangkiti Covid-19.

Menururnya, jumlah keseluruhan kes positif Covid-19 di Malaysia setakat ini sebanyak 6,941 kes terdiri daripada 961 orang warga emas yang berumur 60 tahun dan 318 kanak-kanak yang berumur 12 tahun dan ke bawah.

“Dari segi faktor komorbiditi, setakat 17 Mei lalu didapati 10.8 peratus (iaitu 744 kes) daripada keseluruhan kes positif Covid-19 menghidap penyakit kronik misalnya penyakit kencing manis, darah tinggi, penyakit buah pinggang, penyakit jantung dan lain-lain penyakit.

“Kumpulan-kumpulan berisiko tinggi ini perlu dilindungi, termasuklah lindungi sempadan negara, negeri, daerah, rumah dan juga keluarga kita,” dalam sidang akhbar harian Covid-19 hari ini.

Dr. Noor Hisham berkata, setelah dua  bulan pelaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa pertama sehingga keempat dan disusuli Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) ini didapati trend jumlah kes aktif Covid-19 semakin menurun.

Katanya, pencapaian itu adalah hasil daripada kepatuhan orang ramai kepada prosedur operasi standard (SOP) yang telah ditetapkan di bawah pelaksanaan PKP dan PKPB.

“Kepatuhan itu perlulah terus kekal terutamanya pada musim perayaan yang bakal menjelang tiba.

“Daripada jumlah pergerakan merentas negeri setiap hari, didapati masih ramai (iaitu sebanyak 2,931 kenderaan yang
cuba merentas negeri dalam masa tiga  hari) yang ingin pulang ke kampung untuk menyambut perayaan bersama keluarga,” katanya.

Mengulas lanjut, beliau mengakui keadaan itu sememangnya merisaukan, terutama jika dicampur pula dengan pelajar-pelajar IPT yang telah pulang ke keluarga masing-masing.

“Ahli keluarga mereka yang mungkin terdiri daripada kumpulan berisiko misalnya warga emas, kanak-kanak serta golongan rendah imuniti disebabkan pelbagai penyakit kronik atau komorbiditi lain,” katanya.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here