Covid-19: Empat kawasan zon merah

0
193

CYBERJAYA- Sebanyak empat kawasan di negara ini masih lagi berada dalam kategori zon merah wabak Covid-19.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kawasan itu ialah Mukim Batu, Selayang, Kuching, Sarawak dan dua kawasan di Kuala Lumpur iaitu Lembah Pantai dan Titiwangsa.

“Ketika ini terdapat empat kawasan zon merah di mana dua di kawasan bandar iaitu Titiwangsa dan Lembah Pantai, Kuala Lumpur dan dua lagi di Mukim Batu dan Kuching,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai jumlah terkini zon yang masih dikategorikan zon merah di seluruh negara.

Sehingga kini, empat negeri iaitu Perlis, Kedah, Perak dan Kelantan sudah bebas dari kawasan penularan Covid-19 selepas tiada sebarang kes positif dicatatkan di setiap daerahnya-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here