Covid-19: Firma AS dakwa ujian klinikal pertama vaksin berjaya

0
206
Firma AS dakwa ujian klinikal pertama vaksin berjaya

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

WASHINGTON – Firma biotech Amerika Syarikat (AS), Moderna mendakwa kajian peringkat pertama ujian klinikal vaksin Covid-19 yang dibangunkannya berjaya mencapai keputusan positif.

Memetik laporan Agensi, sukarelawan yang disuntik dengan vaksin tersebut dilaporkan mampu menghasilkan reaksi imun terhadap Covid-19.

Vaksin berkenaan dikenali sebagai MRNA-1273.

Bagaimanapun, hasil ujian lengkap bagi fasa pertama masih belum diketahui.

Maderna menegaskan, vaksin tersebut disahkan selamat dan bertindak balas dengan baik ke atas ujian klinikal pesakit.

Ujian klinikal dijalankan institusi kesihatan nasional.

Kerajaan AS dilaporkan melabur setengah bilion dolar untuk pembangunan vaksin ini.

Sehingga kini dilaporkan 15 pesakit menerima tiga dos berbeza vaksin tersebut. – MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here