Covid-19: Hanya 16 kes jangkitan dilaporkan, terendah setakat ini

0
61
Hanya 16 kes positif Covid-19 iaitu yang terendah sejak PKPK dikuatkuasakan sejak Mac lalu.

Oleh SITI KHAIRULNISAH MOHAMMED BAJURI

CYBERJAYA – Malaysia hari ini mencatatkan sebanyak 16 kes positif Covid-19 iaitu yang terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dikuatkuasakan kira-kira dua bulan lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, setakat 12 tengah hari ini juga tiada kes kematian berkaitan jangkitan Covid-19 dilaporkan kepada Pusat Kesiapsiagaan dan Tindak Cepat Krisis Kebangsaan (CPRC).

Katanya, laporan itu menjadikan jumlah kumulatif kes kematian akibat jangkitan wabak berkenaan dalam negara ketika ini kekal 109 kes.

“Dengan jumlah kes positif baharu itu jumlah kumulatif akibat jangkitan wabak itu ialah sebanyak 6,742 kes,” katanya dalam sidang akhbar harian Covid-19 hari ini.

Menurutnya, daripada jumlah itu, sebanyak sembilan kes baharu itu membabitkan jangkitan terhadap warga asing, yang mana ia membabitkan tiga kes import, manakala 13 kes membabitkan penularan dalam komuniti.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah

Katanya, seramai 16 pesakit dirawat di unit rawatan rapi (ICU), tujuh pesakit menggunakan bantuan alat pernafasan.

“Bilangan pesakit yang telah sembuh terus bertambah. Terbaru, seramai 110 orang telah sembuh.

“Ini menjadikan 5,223 pesakit telah sembuh dan discaj hospital dengan kadar kesembuhan 77.5 peratus.

“Kes aktif (positif Covid-19) kebolehjangkitan seramai 1,410 pesakit, mereka sudah diasingkan dan diberi rawatan,” katanya.-MBNews

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here