Covid-19 : India cari penawar tradisional

0
116
Gambar hiasan

NEW DELHI – Kerajaan India kini dalam usaha mencari ubat-ubatan tradisional tempatan yang boleh dijadikan penawar penyakit Covid-19.

Menteri Kesihatan India, Dr. Harsh Vardhan berkata, negara ini mempunyai sejarah perubatan tadisional seperti Ayurveda; Yoga dan Naturopati; Unani Siddha dan Homeopati (AYUSH) dan Kementerian AYUSH yang bertangggungawab dalam hal ehwal perubatan tradisional ini sedang melaksanakan ujian klinikal untuk menangani masalah pandemik Covid-19.

Bernama melaporkan kajian klinikal dijalankan dengan kerjasama antara Kementerian AYUSH, Kementerian Kesihatan dan Kesejahteraan Keluarga serta Kementerian Sains dan Teknologi melalui Majlis Penyelidikan Saintifik dan Industri (CSIR) dengan sokongan Majlis Penyelidikan Perubatan India (ICMR).

Dalam perkembangan lain, ICMR menolak cadangan kerajaan yang mahu majlis itu menjalankan kajian mengenai manfaat air sungai Ganga dalam merawat pesakit Covid-19.

Majlis itu berkata, data saintifik diperlukan sebelum sebarang kajian mengenainya boleh dilaksanakan.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here