Covid-19: Jumlah kes terendah sejak 18 Mac lalu

0
266

CYBERJAYA – Kes baharu jangkitan Covid-19 di negara ini mencatatkan 30 kes iaitu jumlah terendah sejak Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Fasa pertama dilaksanakan pada 18 Mac lalu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, kesemua kes baharu itu adalah penularan tempatan dan tiada kes import dan menjadikan jumlah kumulatif kes baharu sebanyak 6,383 kes dengan jumlah kes aktif adalah sebanyak 1,710 kes.

“Sebanyak 83 kes pulih dibenarkan discaj dengan jumlah kumulatif pulih kini 4,567 kes.
“Seramai 24 pesakit ditempatkan di Unit Rawatan Rapi (ICU) dengan lapan daripadanya memerlukan alat bantuan pernafasan,” katanya dalam sidang akhbar harian di Kementerian Kesihatan hari ini.

Dr. Noor Hisham turut memaklumkan terdapat satu kematian dilaporkan hari ini menjadikan jumlah kumulatif kes maut adalah 106 orang.

Beliau berkata, kes kematian itu melibatkan seorang lelaki berusia 47 tahun yang merupakan pesakit kes 830 meninggal dunia di Hospital Sungai Buloh. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here