Covid-19: Kakitangan awam diminta muat turun tiga aplilkasi

0
167

CYBERJAYA – Kakitangan awam diminta memuat turun tiga aplikasi yang dibangunkan oleh kerajaan dalam usaha membendung penularan wabak Covid-19 di negara ini.

Ketua Setiausaha Negara, Datuk Seri Muhd. Zuki Ali berkata, tiga aplikasi tersebut ialah Gerak Malaysia, MySejahtera dan MyTrace.

Beliau menambah, aplikasi Gerak Malaysia bertujuan untuk menyelaras, mengawal dan perjalanan orang ramai khususnya perjalanan rentas negeri.

“MySejahtera pula membolehkan pengguna aplikasi membuat penilaian kesihatan kendiri dan membantu Kementerian Kesihatan (KKM) memberi maklumat kesihatan serta mengambil tindakan awal.

“MyTrace untuk memudahkan proses pengesanan kontak rapat melalui teknologi Bluetooth,” katanya dalam kenyataan yang dimuat naik dalam akaun Twitter miliknya hari ini.

Beliau menambah, data-data itu akan membantu dalam usaha kerajaan menangani penularan dan memutuskan rantaian Covid-19 serta melancarkan pergerakan ke destinasi yang ditujui.

“Ketiga-tiga aplikasi itu boleh dimuat turun di Google Play Store, Apple Appstore Huawei AppGallery,” katanya. – MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here