Covid-19: Kebolehjangkitan pada tahap 0.3

0
81

CYBERJAYA- Kementerian Kesihatan memaklumkan nilai ‘R naught’ (R) atau kebolehjangkitan Covid-19 bagi tempoh Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB) berada pada tahap 0.3.

Ketua Pengarah Kesihatan, Datuk Dr. Noor Hisham Abdullah berkata, nilai R itu merekodkan penurunan berbanding 3.5 pada permulaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 18 Mac lalu.

Beliau berkata, penurunan itu susulan impak positif tindakan diambil kerajaan serta dibantu dengan pematuhan masyarakat dan angka berkenaan boleh dikurangkan lagi ke tahap lebih baik.

“Tahap itu boleh dikurangkan lagi jika langkah pencegahan berterusan dijalankan dalam kalangan orang ramai. Bagaimanapun, ia boleh meningkat semula jika masyarakat leka dan langkah pencegahan tak diendahkan.

“Jika semua pihak termasuk peniaga, majikan, pekerja dan masyarakat umum patuh kepada PKPB dan SOP yang ditetapkan, nilai R ini akan terus menurun dan hasilnya wabak Covid-19 akan dapat ditamatkan.

“Namun begitu, jika masyarakat leka, tidak patuh dan engkar kepada SOP yang ditetapkan, nilai R akan meningkat semula. Ini akan mengakibatkan jumlah kes harian naik semula di dalam negara.

“Menurunkan nilai R kurang daripada satu secara berterusan akan membantu mengakhiri sesuatu wabak,” katanya dalam sidang akhbar di Putrajaya hari ini.-MT

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here